My CONTACT :

Damian S. L. Yeo & L. C. Goh (DSLY)
No. 2007, Lorong Sidang Omar, off Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Hang Tuah Jaya, 75100 Melaka

Tel : 06-2347011
& 06-2347012
Fax: 06-2347022

------------------------------------

Tuesday, May 19, 2009

Datuk Wira is also WRONG

Like Nazri, this Datuk Wira is also wrong. My advise to the both UMNO goons read the constitution and the Criminal Procedure Code.

Syed Ali cabar Majlis Peguam didaftar sebagai pertubuhan politik
Tuesday, 19 May 2009 09:00am
Image ©Umno Bahagian Cheras (Used by permission)

UMNO Bahagian Cheras menyelar tindakan Majlis Peguam yang mendesak Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan ekoran penahahan lima peguam baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, pihak polis tidak bertindak secara sewenang-wenangnya untuk menahan mana-mana individu yang didapati terbabit menggangu ketenteraman awam.

“Polis tidak gila untuk menahan secara membabi-buta seseorang itu jika tidak melakukan kesalahan dan desakan yang dibuat oleh Majlis Peguam itu adalah tidak matang dan tidak profesional,” tegasnya.

Beliau mengingatkan, tidak ada mana-mana pihak yang kebal daripada tindakan undang-undang termasuk peguam yang bernaung di bawah Majlis Peguam.

Serentak itu, beliau mencabar Majlis Peguam menyatakan pendirian mereka sama ada sebagai pengamal profesion undang-undang atau sekadar pertubuhan untuk menjaga kepentingan kumpulan tertentu.

Syed Ali mengulas tindakan Majlis Peguam dalam mesyuaratnya kelmarin yang membuat ketetapan meminta Hishamuddin dan Musa meletakkan jawatan kerana menahan lima peguam yang turut terbabit bersama sekumpulan aktivis pada kekecohan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, 7 Mei lalu.

Katanya, Majlis Peguam sebagai badan pengamal undang-undang sepatutnya lebih melihat kepada sudut kepentingan awam daripada mendahului kepentingan agenda mereka.

“Apakah kerana yang ditahan polis itu seorang peguam, maka menteri yang berkaitan atau pegawai polis di desak letak jawatan, inikah jalan penyelesaian daripada sudut perundangan ?” soal Syed Ali.

Katanya, jika setiap kali berlaku sesuatu kes atau masalah, maka setiap kali itulah pula menteri yang bertangungjawab didesak supaya meletakkan jawatan, maka berapa lamakah sindrom 'mengarut' ini akan berlarutan.

Beliau berkata, adalah amat memalukan bagaimana badan peguam yang sebelum ini dihormati masyarakat telah terpesong jauh peranannya kerana terikut-ikut dengan pvokasi politik pihak tertentu.

“KDN mempunyai asas yang kukuh untuk menahan mereka dan penahahan itu lazimnya dilakukan bagi membantu siasatan bagi kes berkenaan,” tegasnya.

Syed Ali menegaskan, Majlis Peguam yang majoriti keahliannya adalah kaum India sebelum ini telah banyak mencetuskan pelbagai isu kontraversil termasuk menyentuh hak dan kepentingan kaum lain.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini majlis tersebut bertindak seolah-olah sebagai sebuah pertubuhan anti kerajan dan perkauman.

"Apakah ini balasan Majlis Peguam setelah mereka bertemu dan mendapat layanan baik daripada kerajaan ketika dipimpin oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi," ujarnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mencabar Majlis Peguam dibubarkan sahaja dan didaftarkan sebagai pertubuhan politik supaya mereka lebih senang untuk bersekongkol dengan parti-parti pembangkang.

No comments: