My CONTACT :

Damian S. L. Yeo & L. C. Goh (DSLY)
No. 2007, Lorong Sidang Omar, off Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Hang Tuah Jaya, 75100 Melaka

Tel : 06-2347011
& 06-2347012
Fax: 06-2347022

------------------------------------

Friday, February 13, 2009

Siapakah Yang Menggadai Orang Melayu?


A note from Datuk Seri Anwar Ibrahim which I took from DSAI's blog. Yes DSAI was pretty quiet during this Perak crisis and Karpal's intention to sue the Sultan of Perak. AT least the below note breaks his silence especially when time like this, the grass roots would want to hear from the top leadership for affirmation, encouragement and the will to move on.

Thanks DS for your little words of affirmation.

HAK MELAYU SIAPA YANG GADAI

Ramai pengunjung, sms, emel yang diterima musykil dengan kebisuan saya berdepan dengan kecaman keras YB Karpal. Sdr Karpal adalah sahabat dan peguam handal yang begitu prihatin dengan kesengsaraan kami akibat kezaliman penguasa Umno-Bn.

Maka saya memilih berdiam dulu kerana sebarang keputusan isu dasar yang diumumkan adalah muafakat bersama dalam rangka Pakatan, setelah ada pertemuan di antara pimpinan Keadilan, Pas dan Dap. Saya juga sedar bahawa kenyataan Sdr Karpal sengaja dibesarkan oleh media Umno-Bn khususnya Utusan dan TV3.


Sekonyong-konyong beliau menjadi tokoh besar semata-mata kerana menegur saya. Keesokannya pula, lantaran pemuda umno muncul menjerit slogan Raja Melayu dan pengkhianat, maka sosok Sdr Karpal kembali sebagai anti Raja dan pengkhianat!Memang benar saya tidak bersetuju dengan cadangan menyaman Sultan walaupun cenderung menyokong tindakan menyaman kerajaan baru Perak yang tidak sah; tetapi ugutan pemuda umno termasuk menggunakan ISA dan tekanan polis adalah keterlaluan. Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa Umno pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kusasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?


Lagi-lagi slogan Melayu, Melayu. Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?


ANWAR IBRAHIM

3 comments:

Anonymous said...

...... dirompak,digadai.... di apa-apa lagi. Datuk Seri tak layak berbicara begitu kerana Datuk Seri sendiri hebat dalam hal sebegitu. Semua orang tahu itu Datuk Seri.

Hanya melayu tolol dan dunggu sahaja yang akan/telah bersekongkol dengan datuk seri.

joshua said...

The only Raja that the rakyat loves and respect is Raja Petra.

Damian 'Baba' Yeo (楊 勝 利) said...

Anonymous, pertama saya haraplah kepada Anonymous jangan 'hide under the name Anonymous' supaya kita pun dapat tahu siapa kamu sebenarnya.

Kedua saya tidak menafikan bahawa Datuk Seri dulunya sekongkol dengan UMNO/BN dulu, tapi yang pentingnya Datuk Seri telah pun bertaubat. Dan sekiranya Datuk Seri masih tidak bertaubat maka rakyat lah akan menentukan jalan Datuk Seri satu hari nanti.

Saya sendiri percaya dalam ajaran Kristian saya, Nabi Isa ada mengatakan dalam satu cerita dalam kitab injil, di mana seorang perempuan telah melakukan zina, Nabi Isa berkata, maka sesiapa yang tidak berdosa silalah ambil batu untuk membaling ke atas perempuan itu.

Dan percayalah tiada seseorang pun berlayak untuk membaling batu itu kerana kita adalah orang yang berdosa (sinful man).

Tapi saya berterima kasih kerana Tuhan adalah maha besar, maha berkuasa dan juga penuh dengan kasih sayang. Dan sekiranya seseorang itu bertaubat, makalah diterimalah oleh orang ramai.