My CONTACT :

Damian S. L. Yeo & L. C. Goh (DSLY)
No. 2007, Lorong Sidang Omar, off Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Hang Tuah Jaya, 75100 Melaka

Tel : 06-2347011
& 06-2347012
Fax: 06-2347022

------------------------------------

Saturday, March 15, 2008

UMNO ...please shut up....u idiot...

Good one. So UMNO please shut up and get the hell out of the administration of the DAP-PKR led government in Penang. Nothing short but sore losers. Dah kalah, kalahlah. Jangan nak jadi samseng dan kononnya Penyelamat Melayu. It is the cronyism and nepotism of UMNO that the Malay race is left behind. I believe the present state government led by YAB Lim Guan Eng will do it's best for all the Rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

To the 21 NGOs, thanks for listening to your Ketua Menteri instead of the khabar angin, TV3 and the mainstream Press.

(Bernama) Pulau Pinang: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.

Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.

"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.

Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.

"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.

"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar," katanya.

Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.

"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya.

Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri ini.

No comments: