After reading this....see my comment below:
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berdepan lambakan graduan perakaunan Bumiputera yang serius jika isu firma akauntan Bumiputera yang dipinggirkan gagal diselesaikan.
Presiden Persatuan Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (PFABMM), Mohd Noh Jidin, berkata lambakan graduan Melayu yang menganggur akan menyebabkan kerugian besar dengan kehilangan bakal akauntan profesional Bumiputera.
“Jika ia terjadi, perkara ini akan menjadi satu episod menyedihkan buat profesional Melayu. Sekarang ini pun, graduan perakaunan Melayu berdepan kesukaran mendapat pekerjaan di firma akauntan bangsa asing mahu pun firma antarabangsa.
“Firma akauntan Bumiputera tempatan pula tidak mampu mengambil mereka kerana kami sendiri tidak mendapat peluang tugasan pengauditan. Kini, ada graduan perakaunan Melayu terpaksa mencari pekerjaan lain selain jumlah yang meninggalkan industri perakaunan selepas mendapati peluang mereka membina kerjaya adalah terbatas,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Berita Minggu 13 Mei lalu melaporkan firma akauntan Bumiputera sering dipinggirkan daripada dilantik sebagai juruaudit untuk syarikat besar dan agensi kerajaan serta kredibilitinya dipertikaikan walaupun sebahagian besar mereka pernah memegang jawatan penting dalam syarikat perakaunan antarabangsa.
Mohd Noh berkata, PFABMM akan berusaha memastikan nasib bakal akauntan Melayu terbela di samping peluang mendapat pekerjaan di tanah air sendiri terbuka luas.
PFABMM katanya juga kecewa apabila Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Datuk Samsu Baharun Abdul Rahman baru-baru ini meminta persatuan itu menulis kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin supaya isu firma akauntan Bumiputera yang dipinggirkan dapat diselaraskan pada peringkat kementerian sebelum dibawa kepada Kabinet.
“PFABMM sudah bertemu MECD sejak 2004 lagi untuk menyelesaikan isu sama. Jadi, apa keperluannya MECD membawa isu ini kepada Kabinet?,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Noh berkata, PFABMM tetap mengikuti saranan Samsu dengan menyediakan laporan lengkap termasuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Khaled Nordin yang dijadualkan akhir bulan ini.
My comment :
Survival of the fittest. In the present world of globalisation and competitiveness, I work hard for the money. Do I receive any help? My answer is NO. Am I afraid? Yes. But my mind is so focus that when I run, I make sure I finish the race. My eyes and my mind is focus on the mark and that mark is nothing short of VICTORY. My survival is base not on who I know but what I know and learnt from Law School, nothing short of MERITS. If we are lazy or deemed to be lazy, then we will be slaughtered without any compassion. As there is no short cut for success except to work hard.
SO... my suggestion to them, PFABMM work hard, nothing short of it.
My CONTACT :
Damian S. L. Yeo & L. C. Goh (DSLY)
Tel : 06-2347011 & 06-2347012
Fax: 06-2347022
------------------------------------
No. 2007, Lorong Sidang Omar, off Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru, Hang Tuah Jaya, 75100 Melaka
Tel : 06-2347011 & 06-2347012
Fax: 06-2347022
------------------------------------
Tuesday, June 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment